Tanggal 26 Jun 2011 merupakan tarikh yang bersejarah kepada peminat Pacuan Empat Roda kerana Kelab CHOR bersama Pejabat Hutan Negeri Perak telah melancarkan
Kempen Menyelamatkan Hutan. Sebelum ini Kita selaku peminat 4X4 memasuki hutan menikmati keindahan alam sekitar dan adakalanya kita terpaksa menebang pokok untuk memberi ruang kepada kita untuk melancarkan pejalanan kita tetapi dengan pelancaran Kempen ini mengambarkan yang kita semua juga tahu menjaga hutan dan meninginkan hutan tetap kekal supaya kita boleh menikmati keindahannya. Kempen ini dilancarkan oleh Y.Bhg Dato' Seri Najri bin Tan Seri Abd Aziz yang juga merupakan Penaung Kelab CHOR. Dalam ucapan beliau, Beliau mahukan kita bersama-sama menjaga hutan kerana ia merupakan hasil kerajaan negeri dan juga tempat kita untuk menikmati keindahan alam. Beliau juga berharap agar peminat 4X4 tidak merosakan hutan malah menjaga hutan dengan sebaik-baiknya.
Selepas acara Perasmian, Y.Bhg Dato Mohamad Nazri bin Tan Seri Abdul Aziz bersama VIP lain menanam pokok sebagai simbolik Kempen Ini bermula dan seterusnya diikuti oleh kesemua para hadirin menanam pokok.
Selepas keberangkatn pulang Y.Bhg Dato Seri Mohamad Nazri bin Tan Seri Abd Aziz, Pihak urusetia mengadakan acara Penyampaian Hadiah Treasure Hunt kepada pemenang yang menyertai acara Treasure Hunt pada 25 Jun 2011.
0 comments:
Post a Comment