Alhamdulilah.. Segala perancangan berjalan lancar. Segala persiapan tempat perkhemahan bagi menerima ketibaan para peserta telah di atur sebaik-baiknya. Sejak dari pagi 24 Jun 2011 ( Jumaat ), kesemua AJK dan ahli bertukus lumus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk para peserta.
Jam 8.30 pagi pendaftaran di buka, Kuanter Pendaftaran dah mula menerima kehadiran peserta. Kelam kabut juga di buatnya.. ini kali pertama CHOR menganjur satu program besar sebegini. Apa-apa pun semua masih lagi dalam kawalan..
Jam 1.00 petang, sesi taklimat dimulakan, sebelum sesi taklimat treasure hunt di buat, Pihak Pejabat Kesihatan Kuala Kangsar memberi taklimat mengenai penyakit Demam Malaria dan pencegahanya.
Pada Jam 2.45 Petang, Acara Treasure Hunt bermula. Pelepas dilakukan Oleh Y.Bhg Dato, Seri Mohamad Nazri bin Tan Seri Abd Aziz. Acara ini berakhir jam 9.00 Malam.
Kesemua peserta begitu gembira menyertai acara ini. Banyak yang berpendapat, ia perlu kerap di adakan kerana ia bukan sahaja menyeronokan malah dapat mengeratkan lagi perhubungan diantara satu sama lain.
Terima kasih diucapkan kepada AJK CHOR dan pihak yang terlibat kerana telah berusaha keras dan kerjasama yang tidak terhingga untuk menjayakan acara in.
0 comments:
Post a Comment