Perjalan menuju kem site pertama begitu mencabar, yang mana pada tengahari hujan turun dengan lebat. ini menambahkan lagi keinginan peserta mencabar alam.Lebih Kurang Jam 6.30 Petang.
Seawal Jam 8.00 pagi, Ahli telah memulakan tugas membuat Jambatan sepanjang 37 kaki. Ai merupakan Jambatanh yang terpanjang yang pernah dibina oleh ahli CHOR.
Dalam Jam 9.00 pagi, sekumpulan lagi ahli Chor telah sampai bagi membantu kumpulan pertama. mereka terdiri dari 4 buah kenderaan dengan tenaga seramai 8 orang.
Operasi menyediakan jambatan mengambil masa hampir 1 hari.
Pada jam 4.30 petang kereta pertama telah melintasi Jambatan tersebut. Segala penat lelah satu hari berbaloi apabila semua kenderaan melepasi jambatan ini.
Perjalanan ke kem Site kedua diteruskan. Pelbagai ringtangan dilalui hinggakan ada kereta yang telah masuk ke dalam lubang air yang dalam.
Jam 6.30 petang, team telah tiba di kem site kedua. Segala kepenatan hilang apbila berendam dalam air sungai yang sejuk.
Perjalanan hari ketiga diterus lebih kurang jam 10.00 pagi. Sekali lagi Ahli berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Akhirnya, Kumpulan ini berjaya sampai ke Dataran Lenggong Lebih kurang jam 7.30 mlm.
0 comments:
Post a Comment