SEJARAH PENUBUHAN CHENDEROH OFF ROAD CLUB (CHOR 4X4 CLUB)
Sukan permotoran 4x4 adalah satu sukan lasak yang mula berkembang di negara ini. Di Negeri Perak Khususnya terdapat beberapa kelab yang aktif numun malangnya hanya satu kelab saja yang berdaftar. Hasil daripada perbincangan sesama peminat sukan ini telah bersetuju untuk menubuhkan satu kelab baru yang berdaftar bagi mengumpul semua peminat sukan ini dibawah satu bumbung persatuan/kelab yang sah dari segi undang-undang dan dapat mengeratkan lagi siratulrahim antara mereka. Harat prnubuhan kelab ini telah dipanjangkan kepada YAB Dato Nazri dan beliau telah bersetuju untuk menjadi penaung
kepada kelab ini.
Pada 8 jan 11, satu mesyuarat penajaan telah diadakan bertempat di Kem PLKN Desa Rimba bagi membingcangkan pernubuhan kelab ini. dalam pertemuan ini seramai telah bejaya menarik seramai 22 orang peminat sukan ini. Dalam pertemuan ini juga semua yang hadir telah bersetuju untuk menamakan kelab ini sebagai CHOR 4X4 CLUB.
Dalam perjumpaan tersebut satu jawatan kuasa penajaan telah dilantik bagi mengerakkan chor 4x4 club.
Bersambung.....