Lokasi Perkhemahan |
Pada 17 Jun 2011 jam 4.00 petang sebanyak 14 buah kenderaan Geng CHOR dan Rakan CHOR telah bergerak ke Lokasi Lata Perahu untuk bermalam dan bermasyuarat pengurusan Program Kempen Menyelamatkan Hutan.
Ahli semua sedang asik mendengar taklimat daripada Presiden |
Dalam mesyuarat tersebut beberapa perkara telah diputuskan termasuk perlanjutan tempoh penyertaan bagi treasure hunt dimana dari 17 Jun 2011 kepada 23 Jun 2011 dan juga sekiranya pada 25 Jun 2011 pun masih ada yang ingin menyertai masih lagi akan dipertimbangkan.
Selain itu, dalam mesyuarat kali ini telah mengadakan sesi pengenalan antara Ahli CHOR dan Rakan CHOR yang turut serta dalam program kali ini.
Bersemangat kesemuanya.. |
Pada 18 Jun 2011, Kesemua ahli telah ke Tapak Perasmian Kempen Menyelamatkan Hutan bagi membersihkan kawasan yang terlibat dengan perasmian.
Kesihan kawan kita ni... Dekat kepala kena sengat... |
Dalam aktiviti gotong royong ini beberapa orang ahli telah tercedera akibat serangan lebah. Walaubagaimanapun, semangat semua untuk menjayakan kempen ini tidak luntur dan gotong royong tetap diteruskan.
Cas.. Jangan Tak Cas |
Selepas Gotong royong, kesemua ahli telah mengecas di Kampung Beng. Ini acara untuk mehilang lelah selepas bergotong royong...
.....TAHNIAH KEPADA AHLI CHOR & RAKAN CHOR
KERANA BERSAMA-SAMA MENJALANKAN AKTIVITI INI............
0 comments:
Post a Comment