16-17 Apr 2011 Kelab 4x4 Chor telah mengadakan satu program khidmat komuniti di perkampungan orang asli bertempat di kampung Gentis Perak. Perjalanan dari ke kampong tersebut mengambil masa 2 jam perjalanan dari pekan sungai siput perak melalui Lasah, Pos Piah dan seterusnya ke Kg Gentis. Pada mulanya perancangan awal aktiviti ini dijadualkan pada 8 dan 9 Apr namun ditunda pada tarikh 16 - 17 Apr disebabkan masalah kepadatan jadual yang tidak dapat dielakkan.
Bagi menjayakan program ini beberapa aktiviti telah diaturkan sepanjang tempoh tersebut diantaranya:
a. Jamuan Rakyat
b. Sukaneka
c. Pertunjukkan Sewang
d. Pertunjukkan Bunga Api
c. Pertandingan Karaoke
d. Sumbangan Makanan
e. Sumbangan Pakaian
Kejayaan program ini tidak akan dicapai tampa sokongan daripada ahli-ahli chor yang telah berkeja keras dari awal perancangan hingga kepenamat.
susah la nak pikir ayat fomal ni.... nak padam rugi.... so skrg text kat bawah ayat xformal ok....
Untuk buat program ini smpai berjaya, mcm2 telah dibuat oleh ahli chor.... ini termasuklah beberapa kali tinjau ke kg gentis. Tapi syukur dengan izin NYA semua dapat dibuat dengan jayanya.
Kalu nak cerita tentang meriah, sapa yang pergi tahulah bertapa meriah..layan habis kat kg 2 mcm Jom heboh plak meriahnya tambah tambah time tayangan gambar, sukaneka n karaoke dan hujan lebat x menjadi penghalang dalam program ni.
Disini juga kelab Chor ingin merakamkan jutaan terimakasih kepada JHOA serta semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan aktiviti ini,
Sekian Terima Kasih......
0 comments:
Post a Comment